Sunday, March 28, 2010

Homemade Pita Bread Pizza








Salam,

Dua, tiga hari lepas tengok rancangan 30 minutes chef bersama Chef Kamarul. Anak-anak dan hubby kalau ada apa-apa rancangan yang berupa masakan, cepat2 panggil saya, terkadang tu tengah mandi, tengah memasak, beria-ia suruh saya datang tengok, takut ketinggalan. Maklumla, nanti mereka jugak yang akan menjadi tetamu kehormat masakan yang akan disediakan, hehehehe . Tambah-tambah yang sikecil tu, siap menangis lagi klu saya tak tengok rancangan masakan yang diberitahunya. Jadi, terpaksala berhenti sekejap apa2 yang tengah dibuat bagi memberi laluan kepada rancangan masakan yang juga menjadi kegemaran saya.

Resepi hari tu ialah Pita Bread Pizza, Fish Goujouns dan One Thousand Island Sauce. Nampak mudah sungguh dia menyediakannya dan lagi hmmmm sungguh menyelerakan, kecur air liur saya bila melihat hidangan bila dah siap. Cepat2 saya menyalin resepinya. Semenjak dua menjak ni apa aja rancangan masakan kat tv, ada resepi yang tak disertakan, main masak sambil cakap gitu aja, selebihnya suruh kita lawati laman web mereka, tu yang maleh tu, terkadang berjam2 nak buka satu laman, silap2 haribulan tutup cam gitu jer . Resepi ni pun saya salin mana yg sempat aja, selebihnya, pandai2 la saya mengolahnya. Saya suka melihat Chef Kamarul beraksi dengan bualannya yang bersahaja sambil jari jemari begitu cekap menyediakan resepi, smart looking pulak tu

Ni la dia pita bread pizza yang saya sediakan, toppingnya saya letak sosej, cili merah, cili hijau, bawang dan cheese (pakai cheesedale yang dicincang jer, janji ada rasa cheese). Agak rangup sikit sebab saya terlebih bakar kot, dan lagi terlebih pedas la pulak sebab pita black pepper yang saya gunakan lepas tu pi tabur pulak dengan black pepper halus kat atas, berdesiu telinga dibuatnya, tapi licin jugak.

Next day, buat lagi sekali sebab pita bread yang dibeli masih ada lagi berbaki 2 keping dan dah nak expired . Kali ni buat topping yang sama cuma ditambah buah tomato dan sos sapuannya saya buat sendiri. Rasanya lebih sedap dan kurang pedas. Kesian anak2 tak sempat berulang makan pizza tu sebab dah licin, semua kata sedap. Takper la lain kali mama buat lagi yer.....

Kalau ada yang teringin nak mencuba resepi mudah sangat ni, boleh ler tengok kat bawah. Toppingnya ikut suka hati.............

PITA BREAD PIZZA
Chef Kamarul

Pita bread - saya guna black pepper pita
cili benggala - merah, hijau, kuning dipotong dadu - saya guna cili merah biasa aja
bawang besar - dipotong dadu
sosej - dihiris nipis / didadu (boleh juga ditukar dgn daging nipis/ayam direbus dan didadu
mozarella cheese
sos tomato
sos cili
minyak zaitun
serbuk lada sulah

Cara-cara
1. Lenser tin pembakar dengan sedikit olive oil dan letak pita bread di atasnya.
2. Sapu sos pada pita bread rata-rata.
3. Susun atur semua bahan2 di atas mengikut kreativiti masing2
4. Taburkan serbuk lada sulah dan mozarella cheese di atasnya.
5. Bakar selama 15 minit atau sehingga masak.

Ini pula sos sapuan yang saya buat sendiri
1 biji bawang besar di potong dadu
1 camca kecil cili mesin
4 camca besar sos tomato
sedikit garam dan lada sulah
sedikit minyak

Cara2
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu.
2. Masukkan cili mesin dan sos tomato dan masak hingga naik minyak
3. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah
4. Angkat dan sapukan di atas pita bread pizza sebelum diletakkan bahan2 lain.

No comments:

Post a Comment