Saturday, April 3, 2010

Ketupat Daun Palas dan Rendang Kelantan

Salam Aidil Adha saya ucapkan buat semua rakan2,

Sepertimana kebiasaan, sempena menyambut hari raya juadah yang wajib saya sediakan setiap tahun adalah ketupat daun palas dan rendang. Hidangan ini merupakan hidangan tradisi orang-orang di sebelah utara. Ketupat ni saya pelajari daripada arwah ibu saya yang tersayang. Selalunya ibu akan menyediakan ketupat daun palas beserta rendang pedas daging. Dulu-dulu masa sebelum berkahwin, saya la satu-satunya anak ibu yang membantu membalut ketupat ini, adik beradik yg lain semuanya tidak tahu membalut, klu dibuat jugak maka jadi la ia ketupat betina (ni istilah orang dulu-dulu la klu rupa ketupat tu lain macam sikit atau tak jadi). Memang tak dinafikan ketupat ini agak payah sedikit untuk membuatnya bagi mereka yang tidak tahu atau baru mempelajarinya. Tetapi kalau dicuba betul-betul, cara membuat samada ketupat daun palas ataupun ketupat satay amatlah mudah





KETUPAT DAUN PALAS

Bahan2
1 kilo beras pulut (lebih kurang 4 3/4 cawan)
4 3/4 cawan santan pekat dan cair
2 sb garam
1 sb gula
daun palas secukupnya

Cara2
1. Beras pulut dibersihkan dan ditoskan airnya
2. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
3. Sentiasa mengacau pulut supaya tidak melekat di kuali.
4. Apabila pulut telah masak dan tidak melekat di kuali dan kelihatan berminyak, padamkan api dan biarkan suam.
5. Balut menggunakan daun palas yg telah dibuka terlebih dahulu.
6. Kukus di dalam periuk pengukus selama lebih kurang 1 jam.
7. Bila telah masak, keluarkan ketupat dan sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.
8/ Memperolehi lebih kurang 40 biji ketupat

Rendang pula sebenarnya adalah resepi Rendang Daging tapi saya ubah menjadi rendang ayam pekat. Rasanya memang sedap. Asalnya rendang ni kering, tp saya sukakan masakan rendang yg agak-agak pekat sikit dan berkuah supaya lebih sedap dimakan bersama nasi, ketupat ataupun roti. Rendang ni memang saya gerenti sedap.

RENDANG KELANTAN

Bahan2
1 kilo ayam
2 biji kelapa (ambil 5 cawan santan)
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5 cm halia
3 batang serai
5 tangkai bunga cengkih
lengkuas sebesar ibu jari

Bahan2 yg digoreng dan ditumbuk halus :-
1 kuntum bunga lawang
1 st jintan putih
1 st jintan manis
10 biji lada hitam


2.5 cm kulit kayu manis
2 st ketumbar biji
1/2 biji kelapa dibuat kerisek
garam, gula dan asam jawa

Cara2
1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Cili kering digiling (dimesin) dan asingkan. Bahan2 yg lain juga digiling (dimesin) dan asingkan.
3. Ketumbar biji dan kulit kayu manis ditumbuk kasar2.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 pertama yang telah digiling (dimesin) dan tumis hingga kekuningan.
5. Kemudian masukkan cili kering dan rempah2 lain yang telah digiling kecuali ketumbar.
6. Kemudian masukkan ayam. Kacau rata dan masukkan garam, gula dan air asam. Masukkan juga santan pekat sedikit2 sehingga kuah menjadi pekat.
7. Bila rendang telah kering, masukkan kerisek dan kacau hingga garing.
8. Akhir sekali masukkan ketumbar.
9. Bila rendang agak elok bolehla di angkat.

No comments:

Post a Comment