Saturday, April 3, 2010

Nasi Beriani Ayam

Salam,

Hari ni saya cuba buat Nasi Beriani Ayam. Resepinya dah lama benar saya simpan semenjak zaman muda2 dulu, tak ingat pula siapa tuan punya resepinya. Rasanya memang sangat2 sedap. Kari ayam tu adalah resepi peninggalan arwah ibu. Resepi air asam jawa tu pula adalah resepi yang dikongsikan bersama oleh engineer tempat saya bekerja dulu, abang Md Noor. Abang Md Noor ni memang selalu dijemput untuk masak kalau ada kenduri kendara. Adala juga dua tiga resepi yang saya korek daripada dia. Air asam jawa dia memang sesuai utk dimakan dengan semua jenis nasi. Terima kasih yer bang.
Jadi di sini saya ingin kongsikan pula dengan sesiapa yang ingin mencuba.




NASI BERIANI AYAM

Bahan2 utk lauk
600 gm ayam
100 gm bawang merah - dimayang, digoreng dan ditumbuk halus
70 gm puri tomato
1/2 st garam
1 cawan minyak masak
ketumbar

Rempah Utk Digiling :-
1 sb ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai cili kering
2.5 cm kulit kayu manis
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Bahan2 Utk menumis nasi :-
3 cawan beras beriani (basmathi) - saya guna beras biasa saja
4 cawan air sejuk
90 gm minyak sapi
1 sb serbuk badam
1 st garam
1 st gula
5 helai daun pudina - saya tak letak

Bahan2 utk menumis :-
2.5 cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - dimayang
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 st jintan manis

Cara2 :-
1. Panaskan minyak sapi dicampur minyak masak (dikacau2).
2. Tumiskan bahan2 penumis. Campurkan sedikit air dan masukkan rempah2 yang telah digiling halus. Kemudian masukkan air dan puri tomato.
3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup sebentar sehingga ayam empok.
4. Setelah masak, keluarkan ayam saja dan tinggalkan kuahnya. Campurkan air lagi, masukkan garam, gula, serbuk badam dan dikacau, kemudian ditutup sebentar.
5. Bila mendidih masukkan bawang yg telah digoreng dan ditumbuk halus.
6. Kuah ini dimasukkan ke dalam periuk nasi. Beras yang telah dicuci dimasukkan ke dalamnya. Kacaukan rata2 dan tutup.
7. Bila mendidih, masukkan daun pudina, tutup sekali lagi.
8. Bila agak kering, bolehlan dimasukkan ayam dengan cara diselit2kan di celah-celah nasi. Tutup dan biar hingga masak.
9. Bila telah masak, taburkan dengan sedikit kismis dan hidangkan dengan cili yng dipotong berbentuk bunga.


KARI AYAM

Bahan2 :-
600 gm ayam
4 sb rempah kari ayam
1 sb cili mesin
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2 tangkai daun kari
1 st lada hitam
1 mangkuk santan pekat
3 biji ubi kentang
garam secukup rasa

Cara2 :-
1. Bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam dan daun kari ditumbuk lumat.
2. Campurkan rempah kari ayam ke dalam bahan tumbukkan, masukkan sedikit air dan kacau sebati.
3. Hiriskan sedikit bawang merah, bawang putih dan halia.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang hiris tadi. Bila telah garing, masukkan bahan-bahan ditumbuk lumat. Gaul rata dan tutup.
5. Bila telah pecah minyak, masukkan ayam yg telah dicuci bersih, gaul rata. Masukkan juga kentang yang telah dipotong dua. Tutup semula dan biar ayam dan ubi empok
6. BIla ayam telah masak, tuang santan dan kacau rata.
7. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.


AIR ASAM

Bahan2 yang dimesin bersama:-
3 biji cili merah
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
sedikit kerisek

Bahan2 dihiris :-
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 biji cili padi
1 labu bawang besar
2 biji buah tomato

2 sb sos tomato
2 sb sos cili
garam dan gula secukup rasa

Cara2 :-
1. Campurkan kesemua bahan-bahan yang dihiris.
2. Tuangkan bahan2 yang dimesin.
3. Masukkan, sos cili, sos tomato, garam dan gula
4. Gaul kedua-dua bahan biar rata dan siap
utk dihidangk

No comments:

Post a Comment