Friday, April 2, 2010

Orange Choc Chip Muffin

Testing, testing. Ni pulak orange choc chip muffin yang saya cuba buat. Tekstur muffin ni agak berminyak tetapi sedap. Saya masukkan ke dalam papercup size 9" dapatla 11 biji untuk minum petang sekeluarga.





ORANGE CHOCOLATE CHIP MUFFIN

Bahan-bahan kering
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 st serbuk penaik
1/2 st baking soda
1/2 st garam

Bahan-bahan basah
1/2 cawan @ 80gm mentega dicairkan
1/2 cawan gula castor
45 gm cream cheese, cairkan - tak letak sebab tak der
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan orange juice sunquick
1/2 cawan choc chip (disalut dengan sedikit tepung)

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 180 C. Ayak bahan2 kering ke dalam bekas besar dan kacau rata. Buat lubang di tengah dan ketepikan. Cairkan butter, angkat dari api dan masukkan gula, kacau sehingga gula hancur. Masukkan bahan2 lain dan kacau sebati. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sehingga ia menjadi berketul-ketul, jangan terlalu mengacau @ muffin akan keras. Taburkan choc chip dan gaul sedikit. Masukkan 3/4 penuh dan bakar selama 20
-25 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment