Friday, June 25, 2010

Chocolate Banana Cake

Salam,
Edisi ulang tayang lagiiii. Harap2 takder ler yang boring tengok gambar dan dengar cerita kek pisang saya ni yer. Nak buat camana kan, kek ni jugak depa berkenan. Kek ni diorder oleh Lin sekali lagi untuk ibunya yang akan pulang ke Negeri Sembilan. Dua biji chocolate rice banana cake. Terima kasih yer Lin.


Yang perasa coklat tu pulak untuk jiran setaman yang sedekah pisang tempohari. Besar2 dan elok sungguh pisang yang diberi. Masih hijau, dua tiga hari lagi, buat kek pisang lagila nampaknya heheheh. Alahai, ramainya orang suka sedekah pisang kat rumah saya, alhamdulillah rezeki Allah. Sampaikan hubby saya kata, asyik buat kek pisang, tu dia pisang dok mai dahhhhhh.......


Yang lagi satu saja buat lebih untuk makan2 kat rumah. Sekejap jer, selesai....


Ni ler rupa chocolate banana cake setelah dipotong dan siap untuk dimakan, sedap kek ni tau.


Yang ni pulak dah dibuat sehari sebelumnya, satu untuk Pak Din, best friend hubbyku yang selalu bagi macam2. Pak Din ni muda lagi sebenarnya, tp kat taman ni orang suka panggil dia dengan gelaran tu. Dan lagi satu untuk Pak Mail yang sedekah seguni durian tempohari. Terimakasih la berbanyak ya Pak Mail yang sudi bawak durian nun jauh dari Perlis ke sini. Jadi, sebagai balasannya, rasalah pulak buahtangan istimewa dari saya yer, sebiji kek pisang.

Jadi, kalau ada sesaper yang teringin nak makan kek pisang macam ni, yang simple dan murah, yang mampu dimiliki, janganla malu2 dial nombor kat atas tu yer......

1 comment:

  1. wahhhhhhhhhhh...wattie, meriahnya dgn koleksi order kek pisang yek!! kak rin baru ura2 nak buat BANANA BREAD lagi tapi kali ni resepi lain sikit...nanti tengok2 resepi kat blog kak rin yek...:-)

    ReplyDelete