Sunday, June 6, 2010

Happy 23rd Anniversary

Salam,
Tempahan kek anniversary ini datangnya daripada Azlina. Azlina nak surprisekan hubbynya dengan kek anniversary mereka. Dia nakkan chocolate moist cake, katanya sedap sikit bila makan. Tak jemu2 dia dengan kek coklat ni. Pesan Azlina lagi, buat sedap2 dan cantik2 sikit yer. Alahai, camanala nak mendeko kek bagi cantik dan sedap ni yer, nak janji tak berani, tapi InsyaALLAH akan saya cuba usahakan, itu jer la yang termampu saya katakan.


Inilah deko tak seberapa yang mampu dihasilkan. Sekali pandang nampak cam crowded sangat la pulak kek ni dengan hiasan.


Bila Azlina tengok kek ni, alhamdulillah dia puashati, cantik katanya. Pasangan Azlina dan Azman ni masih muda lagi, tp dah menyambut anniversary yang ke 23, mereka kahwin muda katanya. Anak2pun dah meningkat remaja.


Close up roses. Suka pulak saya buat rose ni. Rose yang begitu mencabar bila kali pertama saya memegang nozzle suatu ketika dulu. Tapi, alhamdullilah berkat kesabaran dan usaha yang tak pernah mengenal jemu, beginilah rose yang dapat saya hasilkan walaupun tak seindah sifu2 kek yang lain.


Buat Azlina dan Azman, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 23, semuga hidupmu berdua bahagia hingga ke syurga.

No comments:

Post a Comment