Wednesday, June 16, 2010

Kari Ayam

Salam,
Apa khabar semua, sihat??? Sihatla hendaknya yer. Saya kat sini, macam biasala, alhamdullilah sihat, klu tak, tak ngadap ler laptop ni. Lama gak tak buat kari ayam ni, selalunya buat ayam masak merah jer sebab anak2 semua suka. Kalau buat kari ni, slow sikit, tak berapa jalan....


Ni la dia kari ayam WHC heheheh, amacam nampak menawan tak?. Sedap kari ayam ni tau...... kalau makan dengan roti jala lagi sedap.... Tp kita buat makan tengahari dengan nasi dan lauk2 lain jer.


Heran lak, kali ni buat kari ayam, laju pulak anak2 ngan hubby makan, petang jer dah tinggai seredak dalam periuk. Dengan kuah2nya sekali depa tibai.......sedapla tu gamaknya....heheheh Alhamdulillah, kalau dimakan tak per, seronok jer rasa hati kita yang memasaknya. Kalau tak, jenuh dok perangat la kita simpan esok lak.


Perkara yang paling menggembirakan hati saya ialah bila saya dapat menghidangkan suami dan anak2 juga tetamu atau sesiapa sahaja dengan masakan dari air tangan saya. Lebih seronok lagi jikalau mereka semua menggemarinya, terasa kembang setaman la pulak hehehe, lepaih tu kalau suruh masak hari2 pun tak pa, heheheh.

KARI AYAM WHC

Bahan-bahan :-
1 ekor ayam
6 sb rempah kari ayam (campuran alagappa's dan baba's)
1 sb cili mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 st lada hitam
1 inci halia
1 mangkuk santan pekat
2 biji cili hijau
2 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang - dipotong 4
tomato dan bawang besar - dipotong 4 (optional)
garam dan sedikit serbuk perasa

Cara-caranya :-
1. Ayam dibersihkan, dipotong ikut kesesuaian dan toskan airnya
2. Bawang merah, bawang putih, daun kari, halia dan lada hitam ditumbuk lumat.
3. Campurkan serbuk kari ayam dengan sedikit air dan gaul sebati.
4. Hiris sedikit bawang merah dan bawang putih dan hali
5. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang tadi, setangkai daun kari dan halia. Bila telah naik bau masukkan rempah kari dan biar sehingga naik minyak. Masukkan pula ubi dan ayam dan masak hingga ayam dan ubi empuk.
6. Masukkan pula santan kelapa dan biar sehingga mendidih.
7. Masukkan cili hijau, tomato, bawang besar, garam dan sedikit serbuk perasa.
8. Biar sehingga mendidih sekali lagi dan siap untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment