Friday, September 3, 2010

Biskut Semprit

Salam semua,

Biskut ketiga yang dihasilkan. Biskut ni pun dibuat sebagai memenuhi tempahan. Buat untuk customer jer, sendiri tak der.....


Selalunya biskut ni dihias dengan potongan ceri merah, tapi saya letakkan kismis hitam jer.


Biskut yang gebu dan cair dimulut. setahu saya, ramai jugak penggemar biskut ni.

BISKUT SEMPRIT

BAHAN-BAHANNYA :-
300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-

Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment