Tuesday, October 12, 2010

Rendang Ayam Kampung

Salam buat semua,

Setiap hari, bila menghantar anak kecil saya ke tadika mesti ternampak gerai orang membakar lemang. Sampai hari ni pun ada lagi gerainya walaupun syawal dah berlalu. Teringin pulak nak makan, jadi saya pun suruhla hubby cari kat mana2 ada jual lemang.

Untuk mencukupkan syarat makan lemang, maka saya pun cubala pulak resepi kat bawah ni yang saya peroleh dari blog cik mat gebu.

Sewaktu mula membaca bahan2 yg terdapat dalam resepi rendang ni, saya agak hairan kerana belum pernah ada lagi rendang yang telah saya cuba memasukkan belacan sebagai salah satu bahan2nya. Tapi, apa salahnya saya mencuba, mungkin disitu dapat saya perolehi suatu kelainan.


Alhamdulillah, ternyata resepi ini tersangatla sedap, terima kasih saya ucapkan kepada cik mat kerana banyak mengongsi resepi2 yang "menjadi" untuk semua.
Oh ya, Saya tak pakai ayam kampung yer, payah sangat nak cari, pakai ayam pekan jer, hentam ajela labuuuuuu. Lagipun, cepat sikit masaknya hehehhe.


Gambar ni masa rendang masih dalam kuali lagi yer, malas pulak nak letak dalam pinggan sebab bergelut nak gi ambik anak dari tadika la pulak. Pergi dulu yer......chow chin chow....


RENDANG AYAM KAMPUNG - ni dah jadi RENDANG AYAM PEKAN ler

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan (saya guna ayam pekan, hehehe)

Santan kelapa secukupnya
Air panas, jika perlu
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik - yang ni lak tak letak sbb tak der stok
2 camce besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging - saya guna rempah keluaran bumiputera cap "O"
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas - yg ni pun tak letak sbb tak der
3 biji buah keras
15 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)

Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.
CATATAN MAT GEBU :- Mat guna ayam kampung muda, jadi masa memasak agak singkat. Satu lagi perihal garam, cukup setakat rasa lemak2 masin, ini kerana bila rendang kering, rasanya sedang elok. Jika suka boleh letak serbuk perasa. Kacau sekali sekala yea, sebab "renih" ni guna api kecil saja...

No comments:

Post a Comment