Saturday, September 4, 2010

Tart Nenas Gulung

Salam semua,

Hari keempat hari membuat biskut. Kali ni saya buat biskut kegemaran saya pulak, tart nenas gulung. Terlalu banyak versi tart nenas ini dan semuanya sedap2 belaka. Ini adalah percubaan yang kesekian kalinya. Resepi ni saya ambil dari blog cik mat gebu dan saya ubahsuai sedikit pd kandungan tepungnya, mintak maaf yer tuanpunya resepi.


Eh, eh jangan tersilap pandang yer, yang ini tak masak lagi ni, baru nak masuk oven, sabor yer....


Haaaa.... ni dia yang dah siap dibakar, baru keluar dari oven.


Sedap tart ni, ada permintaan resepi dari anak saudara saya, Lina. Print Lina, jangan tak print, nanti leh try buat sendiri.

TAT NENAS GULUNG
Ini resipi dari "Amy Beh"....

BAHAN DOH :-)
150 g mentega
100 g margerine
75 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Biji kas-kas untuk hiasan@poppy seed (optional)- tak letak
350 g tepung gandum* - saya letak 160gm tpg gandum, 120gm tpg naik sendiri, 40gm tpg kastad dan 10gm susu tepung.
50 g tepung jagung*(*digaul dan diayak)- saya letak 70gm

BAHAN UNTUK GLIS :-)
1 kuning telur
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JEM NENAS :-) saya guna jem yang ready made beli dari pasaraya
450 g nenas (yang mengkal)
200 g gula kastor
1/2 camca teh esen nenas
1/2 camca teh jus lemon

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK JEM NENAS :- Parut nenas dan masak bersama gula hingga mendidih. Masukkan esen
dan jus lemon, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga jem pekat dan hampir kering
(kira2 dalam 1 jam). Matikan api dan sejukkan. Bulat2kan jem dan bentukkan bujur (anggaran
/2 camca teh untuk setiap biji). Buat hingga siap.

UNTUK DOH :- Putar mentega, margerine dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur,
esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit
hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk

kegunaan kemudian.
UNTUK GLIS :- Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.

UNTUK TAT NENAS GULUNG :- Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan)
dan tekan memanjang. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh dan gulung
sehingga doh menutupi jem, potong dengan pisau dan alihkan ke dalam dulang pembakar, buat
hingga siap. Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan
dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tat tadi dan tabur sedikit
biji kas-kas@poppy seed. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama
15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment