Wednesday, November 17, 2010

Ketupat Daun Palas

Salam Aidil Adha diucapkan kepada semua.
Bagaimana dengan sambutan raya tahun ini, meriah ker? Banyak buat korban? Lepas ni tentu byk resepi2 daging yang akan keluar kan? Ye lah, bila ramai dah dapat daging korban, mesti nak kena masak kan, jadi kita tunggguuuuuuuuu………. Pasti byk tayangan amal resepi2 menarik oleh geng masak2. Bagi saya kat sini, sambutan raya korban biasa2 aja tak seperti hari raya aidil fitri, tp tetap ler sediakan juga juadah di pagi raya. Di antara menu wajib yang mesti ada ialah ketupat daun palas ni la dengan rendang, kira resepi ulangtayang jugak ler.



Ni la hasilnya ketupat daun palas WHC. Mujur jugak ada anak teruna saya yang rajin membuka daun ketupat, klu tak jenuh jugak la saya sebab hubby bekerja.



KETUPAT DAUN PALAS

Bahan2
1 kilo beras pulut (lebih kurang 4 3/4 cawan)
4 3/4 cawan santan pekat dan cair
1 sb gula
garam secukupnya
daun palas secukupnya

Cara2
1. Beras pulut dibersihkan dan ditoskan airnya
2. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
3. Sentiasa mengacau pulut supaya tidak melekat di kuali.
4. Apabila pulut telah masak dan tidak melekat di kuali dan kelihatan berminyak, padamkan api dan biarkan suam.
5. Balut menggunakan daun palas yg telah dibuka terlebih dahulu.
6. Kukus di dalam periuk pengukus selama lebih kurang 1 jam.
7. Bila telah masak, keluarkan ketupat dan sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.
8. Memperolehi lebih kurang 40 biji ketupat




No comments:

Post a Comment