Thursday, December 2, 2010

Kek Karamel




Salam semua,

Semenjak dua menjak ni demam kek karamel melanda semua rumah. Dan hari ni berjangkit pulak kat rumah saya heheheh. Macam biasala apa apa pun kena cuba, baru ler boleh berkembang ilmu masak memasak ni yer dak. Saya follow betul2 resepi asalnya dan alhamdulillah beginilah hasilnya spt yg dapat anda lihat. Karamelnya saja agak berlebihan bila diterbalikkan, mungkin di lain kali saya patut ikut Hana dengan mengurangkannya pada sukatan yang lebih sesuai.

Suatu kejadian tak disangka telah berlaku sewaktu menyediakan kek ini. Saya terlupa nak letak mentega cair sehinggalah dah masuk ke dalam oven untuk dibakar baru saya perasan yang mentega cair saya telah tertinggal kat luar. Alamak, camana ni, boleh rectify ker. Kepala ni ligat aja berfikir. Mujur jugak oven baru aja di"on", cepat cepat saya keluarkan dan tuang mentega tersebut kat atas adunan dan perlahan lahan saya gaulkan biar sebati tanpa bercampur dengan adunan karamel. Dalam hati berkata, habisla kek karamel ni, mesti tak jadi punya sebab banyak kali gaul sangat, maklumlah nak sebatikan mentega dengan adunan. Tup, tup bila tengok hasilnya alhamdulillah tak der la teruk sangat, cuma jalur lebar warna warni jer tak berapa cantik sebab telah bergaul.


Amacam, cantik tak? Saya guna loyang bulat 7" untuk adunan ini.




Yang empunya resepi ialah Yani, MY Resepi tapi saya copy paste dari blog Izahdaut the muffin lover. Izah pulak copy dary blog Hana dan Anna Qawina. Terima kasih kepada semuanya.

RESEPI KEK PUDING KARAMEL (loyang 18cm)
Source: Kak.Yani my.resepi.com

Bahan-bahan
Karamel
60g gula
2 sudu besar air

Puding
2 biji telur
400ml susu cair@segar
35g gula
sedikit esen vanila

Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan
20ml air - yang nih hana tambah, sy ikut jer

Cara-cara
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.

Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.

Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.) Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang

1 comment: