Pages

Tuesday, January 25, 2011

Ikan Bakar Ala Nyonya



Salam semua,

Ikan Bakar lagiiiii. Hari ni try test resepi lain pulak. Resepi ni ambik dari rumah CMG sebab selalunya apa yang CMG buat mesti kena dengan selera saya. Berat ikan siakap yang saya masak ni lebih kurang 1.5kg, tudiaaaaa banyak nih…… makan biar puasssss. Seekor saya bakar dalam dulang dan 1/2 ekor lagi saya bakar dalam aluminium foil yang berbentuk segiempat tempat nih….. Yg ni untuk hubby.



Sedap hingga menjilat jari ikan ni. Semua makan dengan ikan ni jer. Kari ikan yang saya buat tak terusik langsung. Lain kali klu buat ikan bakar tak payah buat lauk lain lagi



Resepinya saya copy paste dari blog CMG
Thks yer Cik Mat.

Ikan bakar ala nyonya
Bahan-bahan

2 keping ikan pari (anggaran 500g), perap dengan garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan - saya guna ikan siakap

2 helai daun kunyit, siaz besar
2 kuntum bunga kantan, hiris halus - tak letak
2 helai daun limau purut
1/2 cawan santan
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas* - tak letak
1 hirisan nipis halia*
2 biji buah keras*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)

Cara Membuatnya

PES REMPAH :Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga menjadi pes. Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.

UNTUK IKAN BAKAR :Bentangkan sekeping aluminium foil, alas dengan daun kunyit. Pes rempah dibahagi kepada 4 bahagian. Ratakan 1 bahagian pes rempah tadi dan tabur hirisan bunga kantan. Letak sekeping ikan pari, lumurkan dengan 1 bahagian lagi pada keseluruhan ikan, tabur dengan bunga kantan. Bungkus kemas2. Buat kaedah yang sama untuk yang lagi satu.

Bakar ikan tadi atas api bara hingga masak, kurang lebih 15 minit untuk setiap bahagian. Atau boleh juga dibakar dalam oven. Bakar dalam kuali pun ok, cuma kalau guna api bara, bau dan rasa dia lagi sedap. Enak dimakan begitu saja atau boleh juga perahkan jus limau kasturi lagi sebelum dimakan....yumm yumm!!..


2 comments: