Wednesday, March 30, 2011

Donut




Salam petang Rabu semua,
Amacam dengan donut pembuka tirai saya?? Nampak cun tak?? Ni kesah minggu lepas. Saya memerah keringat menguli donut yang menjadi kegemaran ramai. Kali ini saya mencuba resepi dari dapur Chef Azli. Ni first time saya buat donut. Alhamdulillah, hasilnya sungguh memuaskan. Untuk satu adunan ni saya dapat lebih kurang 45 biji saiz kecil. Saya goreng separuh saja dan frozenkan yang selebihnya. Sebelum difrozenkan saya goreng dulu separuh masak.


Donut keluaran SdeC. Salutan coklat, taburan coklat urai dan hiasan ceri merah sebagai tarikan sekaligus membangkitkan selera.


Cuba lihat pula tekstur donut ini. Ianya rangup di luar tetapi lembut di dalam. Rasanya pun lemak. Dan, jangan tak tahu, kelembutannya tetap bertahan sampai ke malam.

DONUT

Bahan-bahan
500gm (2 1/2 cawan) tepung gandum/ tepung berprotein tinggi
3/4 cawan susu segar UHT
1 camca teh garam
2 sudu besar gula kaster
1 paket/11 gm yis kering (brand mauripan)
3 sudu besar marjerin/mentega 2 biji telur

Cara-cara penyediaan
Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaulkan bahan tadi dan aduk/ ulik sehingga menjadi doh yang tidak melekit.
Sekira basah campur kan tepung dan sekira kering campur sedikit susu atau air.
Tutup dengan plastik wrap/ tuala basah dan rehatkan doh lebih kurang 40-45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali saiz asal.
Tepuk/tumbuk doh yang telah naik itu sehingga leper dan terapkan dengan menggunakan penerap donut 5. Biarkan donut yang tekah diterap sehingga cukup mengembang dalam 20-25 mint.
Goreng dengan minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Donut yang telah masak boleh digaul dengan gula kaster atau disalut dengan coklat masakan.


Anak anak suka sangat dengan donut ni, saya buat di dalam dua versi, satu disalut coklat dan satu lagi disalut gula kastor. Ternyata yang disalut coklat sangat digemari famili termasuk saya sendiri.


Ini pulak hasilan donut yang digoreng setelah difrozenkan. Teksturnya tetap sama cam yang digoreng terdahulu. Masih lembut dan lemak bila dimakan. Anak anak siap pesan suruh letak coklat banyak banyak.

Jadi, apa ditunggu lagi......cubalah, pasti tidak mengecewakan.

No comments:

Post a Comment