Wednesday, March 23, 2011

Red Velvet Cake


Salam semua,
Ramainya yang dah cuba kek si baldu merah ni kan??? Saya pun tak mau la terkecuali. Buat jugala, tapi saya cuma buat separuh adunan saja dan telur saya letak 3 biji.

Kek red velvet ni pun banyak versi rupanya. Jadi, buat permulaan, saya cuba resepi dari blog Dapurcomelku yang memperolehinya pula dari blog Nina Terimakasih buat kedua duanya ya.


Red Velvet Cake

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan



Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.

Filling:
500gram blueberry filling

Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).

Topping:
30biji coklat feraro

Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan



Kek ni saya buat togel jer. Malas la pulak nak hias hias, lagipun untuk makan sendirik jer..

4 comments:

  1. Assalam kak wattie,
    Sedap kan c baldu merah resepi nih,aritu sy pong da buat gak,akak meh kita tuka ngan kek kastard nak x..hehe..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak watie.. tu xwat lg kek nih.. ngeri je tgk byk mana nk kene letak warna merah tu.. hihi.. nk tumpang makan kt sini je laa..

    ReplyDelete
  3. wahhh akak pun dh buat nampak sedap la...kalau buat sure tak abis ni..tumpang mkn sini yer kak..hehe

    ReplyDelete
  4. Zaliedana
    Wsalam Dana. Memang sedap Dana, ramai dah buat akak aja yg ketinggalan bas. Nanti nak buat kek kastad plak, tengah berjangkit merata dah tu

    Tun Telani
    Wsalam Tun. Akak pun mula tu takut gak, tp gagahkan jugak sebab tak tahan godaan rakan2, tu la dia jadinya

    Nieza
    Wsalam Nieza. Sowi la Nieza dah selesai dah kek tu akak dan triflekan ia, hari tu jugak habih, licin

    ReplyDelete