Wednesday, April 20, 2011

Rendang Udang



Salam petang rabu semua,
Pagi pagi lagi dah tanya pakcik google resepi udang. Pakcik google pun keluarkanlah resepinya yang panjang berjela, tapi hati ni terbekenan kat satu jer resepi. Yang kita masak hari ni tu la.



Beginilah kejadian udang setelah direndangkan. Rasanya pulak, wallaaaa......sedap sesangat, maklum rendang la katakan. Bila makan rendang ni rasa macam nak raya la pulak sebab selalunya rendang rendang ni kita cuma jumpa pada hari raya kan.

Resepi sedap dari MYResepi ni sumbangan Fida. Terimakasih bebanyak ya Fida.

Rendang Udang

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 kilo udang harimau - bersihkan dan toskan
1 senduk cili kisar
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
4 sb serbuk rempah kari
2 batang serai - dititik
2 lembar daun kari - dipetik2
1 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
3 sb penuh kerisik
garam dan gula secukup rasa
1 kpg asam gelugur atau sedikit air asam jawa
minyak utk menumis

Cara-cara
Kisar bahan2 yg bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari.
Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan campuran bahan kisar,serai dan daun kari hingga wangi.
Masukkan santan,garam,gula,asam dan kerisik,gaul rata,tambah sedikit air dan masak mendidih.Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.Matikan api dan siap utk disajikan.


Amacam??? Teringin dak....mai sini lekaih amik sorang sekoq. Sapa cepat dia dapat, sapa lambat, tinggai bekaih la jawabnya......

7 comments:

  1. Kak Wattie syg,nih dah mai dah,bak la udang tuh..Sekoq xcukup kak..Fuhh mmg menggoda betoi lah..Sy pong msk udang rini,gulai udang,hihi..

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak....terliur dah ni tgk rendang yg menyelerakan..dh bawa piring nk mai tapau ni...hehe

    ReplyDelete
  3. wah...sedapnyarendang udang..
    lama dah tak makan..

    ReplyDelete
  4. waa..sedapnya kak..tergoda nengok..sy nih pantang jumpa rendang..mmg rendang feberet..

    ReplyDelete
  5. Salam....
    Terima kasih ye sudi singgah kt blog saya...saya dah folo...folo saya jugak ye..he..he..
    Rugi sangat sebab saya baru tahu pasal blog ni...byk betul masakan yg. boleh dicuba...semuanya nampak sedapppp....

    ReplyDelete
  6. Salam kak wattie, sedapnya npk udang ni. Kaz pun ada juga resepi yg lebih kurang begini, ttp namanya udang masala. Cili kisar tu diganti dgn serbuk cili. Apapun, mmg dah meleleh air liur ni tgk masakan Kak Wattie di tengahari begini.

    ReplyDelete
  7. Zaliedana,
    Sekoq cukupla sayang Dana, nanti orang lain takder lak, lain kali akak buat sepinggan utk Dana. Nanti akak terjah tengok gulai udang Dana lak

    Nieza,
    meh cepat, ada sekoq jer ni yang tinggai heheheh

    Mas,
    Memang sedap ni Mas, klu nak rasa mai rumah akak

    Iza Akma,
    Kita sama sama suka rendang Izaaaaa, tak yah tunggu raya la kan

    Azi,
    Wsalam. Tkasih sudi follow akak yer, akak pun dah follow juga. Alaaa blog biasa biasa saja, sekadar mengongsi apa yang telah dicuba

    Kaz,
    Wsalam. Memang sedap rendang ni Kaz, cubala bila ada masa nanti, mungkin rasanya pun sama ngan udang massala

    ReplyDelete