Tuesday, May 10, 2011

Ayam Goreng Lemon Mamak Style



Salam semua,

Sepanjang hari ni cuaca mendung aja kat luar, tapi tak hujan pun. Hari ni saya masak ayam goreng mamak berlemon lak, permintaan anak anak tersayang. Sebenarnya mereka minta dibuatkan ayam goreng ala ala KFC , tp hati kita pula teringin nak cuba ayam goreng mamak style ni, jadila tu kan, ayam goreng jugak.

Sedap rasa ayam ni, betul betul rasa macam ayam goreng yang dibeli kat kedai nasi kandar. Ayamnya tak berapa rangup, tp keraknya sedap sangat ditambah pula oleh rasa masam masam lemon.



Resepi ni saya ambil dari MYResepi sumbangan Iris Samara. Terimakasih ya Iris.

Ayam Goreng Lemon Mamak Style

Bahan-bahan (Seisi keluarga)
1) 2 inci halia
2) 6 ulas bawang putih
3) 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
4) 2 sk serbuk cili kering brand baba's , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua - dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya - 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga - ti
5) 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
6) 1 biji lemon
7) 4 sb tairu (yogurt - yg plain tu)
8) 3 helai daun kari
9) 1/2 biji bawang besar - dimayang
garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menggorang
10) 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana

Cara-cara
1. blendkan bawang putih dan halia.
2. gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup. saya selalu tak perap. lepas gaul terus goreng pun still terasa sedapnya.
3. goreng sampai masak. siap. p/s **semasa menggoreng, anda akan dapat kerak - kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalu nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak - kerak tepung yang rasanya ala - ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu..ha ni la bendanya. selamat mencuba!

6 comments:

  1. Assalam kak wattie,nmpak sedap ayam akak..Sy msk ungkep ayam,copy resepi dari akak..

    ReplyDelete
  2. kak watie..bestnya ayam goreng tu..
    ratah gitu pun sedapp kan...

    ReplyDelete
  3. sedapnyer.. tun selalu fail bab goreng ayam berempah nih. biasa dia hangus kt luar tp dlm blm cukup masak =( sedih je rasa.

    ReplyDelete
  4. Wah! ayam goreng...fav anak2 dan jugak mak budak...he he...jarang2 ada org tak suka ayam goreng kan...senang dimasak sedap dimakan...:)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Wattie,
    Lama tak masak ayam goreng berempah gini. memang menyelerakan ni tambah ngan sambal buhlacan fuh meletops.hihi
    Ijan

    ReplyDelete
  6. Zaliedana,
    Wsalam. Memang sedap ayam nih. Ayam ungkep akak suker, nanti ada masa akak p singgah rumah Dana ya

    Mas,
    Ayam goreng kesukaan seisi keluarga, tambah tambah kalau diratah begitu sahaja

    Tun Telani,
    Sedap ni Tun, kalau menggoreng ayam kena guna api yang kecil aja, kalau api besar begitula jadinya, luar garing, dalam mentah.

    Cik Cek,
    Sokong 101 percent, ayam goreng memang favourite semua orang

    Ijan,
    Wsalam. Ayam goreng mkn ngan sambal belacan??? Fuh!! idea baru ni...nanti nak cuba

    ReplyDelete