Sunday, July 3, 2011

Kari Ayam Mamak Style

Salam selembut sutera,
Menu ayam kembali lagiiiii.......Beberapa minggu yang lepas mencuba pula kari ayam mamak style ni. Apa apa masakan mamak mesti menjadi kegemaran famili.

Resepi ni saya ambil dari laman MyResepi sumbangan Iris Samara. Terima kasih Iris ya.

KARI AYAM MAMAK STYLE

Bahan-bahan ( seisi keluarga )
1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka
bahan a) 10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.
bahan b) 1 biji bwang bsar, dihiris2. 4 tangkai daun kari, 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga lawang
bahan c) 2 biji tomato, 2 btg serai diketuk dan 2 helai daun pandan
bahan d) 8 sb serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya) dcmpur dgn 1/2 sk srbuk kunyit dan cmpur plak dngn serbuk cili kering (byknya ikut yg anda suka la serbuk cili ni. lagi pedas, lagi best) dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat. se
ubi kentang - ikut suka byk mana
3/4 santan atau susu cair
bahan e) serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis. kuantiti, ikut yg anda suka
garam secukup rasa


Cara-cara
1. tumis bahan a) sehingga naik bau kemudian masukkan bahan b) dan bahan c). Tumis hingga daun kari agak garing.

2. masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. ni la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai n pandan tu. tumis lebih kurang 3 minit. pastikan anda masak dgn api perlahan. ni ikut petua yg jiran sya bagi tu la.

3. masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula. biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.

4. tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih.

5. bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan d) masukkan bahan e). masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati. ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan. kalau nak dapatkan rasa yg lazat. jd kena ikut petua la ni.

6. bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan/susu cair dan garam. mengikut kata jiran saya ni garam masuk last. tapi kalu sya, dah cuba sebelum ni, bleh gak masukkan awal2, masa menumis ayam tu. . kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.

7. ayam kari ni memang enak sangat dimakan bersama ayam goreng berempah lemon sytle mamakyg memang meletup rasanya. nanti ada kelapangan, saya bagi resepinya ye. selamat mencuba.

Pekena ngan nasi panas panas..... perghhh... mau bertambah dua tiga pinggan dibuatnya ni. Tapikannn, kalau taknak makan ngan nasi, cicah dengan roti jala pun best jugak......apa apapun resepi sedap ni mesti dicuba, gerenti thumbs up.....maveles gitu.....

11 comments:

  1. salam kak watie...besnyer kari ayam..cicah roti ni mmg meletop..x yah mkn nasi dah /:)

    ReplyDelete
  2. Salam Wattie....

    Sedapnya kari ayam ni...nak mintak semangkuk ...he he nak makan ngan roti puri....:)

    ReplyDelete
  3. memang thumb up...
    sedap makan dengan nasi dan roti

    ReplyDelete
  4. Salam K.wattie..bila nampak kari mamak nie cam nk nambah nasi 2-3 pinggan.hikhik

    ReplyDelete
  5. Salam K.Wattie..kari ayam mamak feveret kat umah nii jgk..bestnya klu dpt cicah roti nii..:-)

    ReplyDelete
  6. saya pun dah cuba resepi iris ni...memang best...saya memang suka makan kari ni...tak kira la melayu ke mamak...hehehheh

    ReplyDelete
  7. Assalam...
    Drooling tul kari tu.....

    ReplyDelete
  8. Assalam Wattie,
    pantang jumpa kari mamak tau..... abis licin!!!!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Wattie,

    wah sedapnya ayam kari nie...kita suker makan lauk2 kari dari lauk2 air yg simple2 tu..tk tau lah tekak nur kan susah nk terima lauk2 air,sesekali boleh lah....hehe.

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum k.Wattie .apa bakar? kalau kari ayam kat rumah ni mmg lauk favorit anak2...nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
  11. Noorsha,
    Wsalam. Akak pun kalau ada kuah lebih mesti cicah ngan roti, bestttt

    Cik Cek,
    Wsalam. Ambikla saya dah letak dalam mangkuk ni haaa.

    Kasihredha,
    Mai la singgah sini, bawak roti sekali heheheeh

    Azatiesayang,
    Wsalam. Kalau nak tambah 3, 4 pinggan pun tak per Atie, ada byk lagi ni ha

    Yana Shaiful
    Wsalam. Kari ayam juga fav akak sekeluarga, akak dah menyukainya sejak kecil lagi

    Quinnie,
    Memang best kan Quinnie..

    Che Iza,
    Memang sedap banget ni Iza

    Amie,
    Wsalam. Samala dengan akak Amie....

    Nuridah,
    Wsalam. Saya pulak suka kedua duanya sekali, tp yang first choice tu mestilah lauk2 cam gini

    Mamasya,
    Wsalam. Khabar baik Mamasya, selamat besiaran dari Qairo ya. Cubala, memang best ni

    ReplyDelete