Wednesday, November 23, 2011

Ikan Siakap Aroma Bersantan


Selamat tengahmalam semua,
Ya Allah berilah kesabaran kepadaku.......dah tengah malam baru berjaya upload gambar2 ni, mata pun dah pedih sangat, mengantuk betul ni........ jadi layan dulula gambar2 di bawah ni ya, esok sambung cerita..........tuan puteri nak beradu jap...

Salam petang khamis sekali lagi,
Ok, kita sambung cerita ikan semalam ya. Sabtu lepas beli ikan siakap kat Tesco sebab nampak ada promosi, hmmm begitulah, tunggu murah aja kita rembat. Saya ambil 2 ekor yang besar besar. Saya ni kalau beli ikan mesti nak selak insangnya tengok warna kat dalam, kalau merah segar baru saya ambil, kalau dah tukar kaler jadi kelabu atau yang sewaktu dengannya saya reject awal awal walaupun dari luarannya kelihatan elok. Bila tengah menyelak insang ikan tu, saya jeling2 juga org sekeliling yang membeli, takder pulak orang lain melakukan sedemikian, mungkin orang lain tak cerewet cam saya agaknya.


Resepi ni saya ambil dari laman SajiOnline semasa tengah tercari cari resepi ikan. Nampak bahan2 pun menarik, jadi tak rugi mencubanya. Saya perpanjangkan resepinya di sini pula ya. Terimakasih diucapkan kepada pihak SajiOnline.

Ikan Siakap Aroma Bersantan

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam yang besar - dibersihkan - sy tukar ikan siakap
12 tangkai cili merah - sy letak 7 cili merah dan 5 cili padi
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dimayang kasar
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah - dibelah dua
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 biji jus limau kasturi - yg ni saya tambah

Bahan-bahan tabur:
3 sudu besar bawang goreng - yg ni saya goreng 2 biji jer utk hiasan
1 pokok daun bawang - dihiris - yg ni takder stok
1 pokok daun sup - dihiris


Cara menyediakan:
1. Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ia masak.
2. Angkat ikan dan ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga wangi.
4. Masukkan semua sos diikuti gula, garam dan santan. Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
5. Masukkan bawang potong, cili merah, cili hijau serta ikan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan leper.
7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

Alhamdulillah, sedap sangat rasa ikan ni ditambah dengan taburan bawang goreng sendiri yang harum mewangi. Anak anak pula bila tengok kejadian ikan yang molek sangat di dalam pinggan, tak sabar sabar bertanya bila boleh dimakan. Selepas seorang, seorang pula bertanya. Macam biasa, terpaksala mereka bersabar sekejap sementara menunggu sessi fotografi si ikan siakap selesai. Hmmm nampaknya mereka pun sedia memahami sebab hari2 macam tu hehehe.


11 comments:

  1. tun suka sgt makan ikan siakap! mkn tiap2 hari pun xpe.. intenet lembab ke kak? mmg menguji kesabaran kalau upload byk2 kali error.

    ReplyDelete
  2. salam Ya ALLAH sedapnya ikan siakap ni..

    ReplyDelete
  3. lazatnya menu Wattie hari ni.... kita makan ikan kering je dgn sayur bayam... he hu he huuuuuhuu

    ReplyDelete
  4. hmmmm...menarik! nampak sedapppppp!

    ReplyDelete
  5. Sgt kagum dgn tahap kerajinan dan kepandaian Kak wattie dlm bab memasak ni. Mesti husband dan anak2 sayang sgt pd wife dan mama mereka ni.

    ReplyDelete
  6. menarik resepi ni...belum pernah rasa lagi...

    ReplyDelete
  7. Mmg fav yana ikan siakap..menarik resepi nii..nnt nk cubalah..hmmm..dh terbau aroma ikan nii heheee

    ReplyDelete
  8. lamanya saya tak makan ikan siakap...suka..masak apa pun tak pe...hehehhe

    ReplyDelete
  9. Assalam kak wattie,
    sedapnya nampak ikan siakap ni..mesti ada kelainan letak santan nikan..mesti sedap ni..
    heheh..samalah macam kat rumah..macam dah biasa dengan ragam mamanya..ambil gambar dulu baru boleh makan..hahah

    ReplyDelete
  10. Salam watie..mieza singgah sini cilop resepi siakap ni...sedap! mieza dah buat :)

    ReplyDelete