Thursday, November 17, 2011

Nasi Daging


Assalamualaikum semua,
Ada ke sapa sapa yang masih simpan daging korban kat dalam petiais? Kalau ada, bolehla cuba resepi nasi daging ni. Tapi yang saya buat ni bukan daging korban ye, tapi daging yang hubby beli tempohari, dah lama sgt daging tu terperuk dalam petisejuk, jadi hari ni merajinkan diri menghasilkan nasi daging yang agak lama juga saya tak buat ni.

Nasi daging ni favourite hubby dan anak anak, tapi wajib ada gandingannya, apalagi kalau tak Air Asam kan. Anak anak saya kalau ada air asam, tak payah kari lain dah, tp saya buat juga sedikit kari daging. Tak letak gambarnya kat sini sbb dah selalu sangat buat kari yang sama.

Resepi nasi daging ni saya skodeng dari dapur Kak Liza yang memang dah terkenal seantero blogs.....Terimakasih ya kak.

NASI DAGING

Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan - sy guna beras biasa aja
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
1 sb rempah kari - ni saya tambah
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa
1 btg serai - ni saya tambah
2 tangkai daun kari - ni saya tambah

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]


Cara memasak:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.

Rupa air asam jawa yang saya gandingkan bersama nasi di atas. Bahan-bahan pakai agak agak aja.

AIR ASAM JAWA

Bahan A
2 biji cili merah
1 in belacan
1 sb kerisek - nak lagi sedap letak lebih
1 mangkuk air asam jawa

Bahan B
1 biji bawang besar
2 biji tomato
3 biji cili merah
5 biji cili padi

Bahan C
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Blend bahan bahan A hingga hancur. Ketepikan.
2. Hiris nipis bahan bahan B.
3. Tuangkan bahan2 A ke dalam bahan2 B, tambahkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
4. Sebaiknya dihidangkan segera bersama nasi daging, nasi tomato dll.


Selamat menjamu selera.

15 comments:

  1. sedapnya ada nasi daging kat sini..:)

    ReplyDelete
  2. Tak baik tau Kak Wattie, asyik dok bg air liur Kaz meleleh tgk masakan kak Wattie yg sgt mengancam keimanan tu. Hantarlah sini sikit....

    ReplyDelete
  3. perghhh nasi daging pulak kak wattie ni...dah bawa mai nasi ketumbaq ni nk tukaq ngan nasi daging akak dan ayaq asam yg sedap tu...hehe

    lama dah tak buat ni...terliur la pulak...ayaq asam tu memang wajib kalau buat nasi daging ni. Dulu arwah abah suka msk nasi daging ni guna rempah khas utk buat nasi ni tak tau la ni ada juai ke dak lagi rempah tu..memang sedap:)

    ReplyDelete
  4. wah.. mesti penuh peti ais ngan daging ye.. tun duk kt bintulu ni x meriah, tp alhadulillah, ada la jugak sikit kawan bg daging korban, blh la masak sekali dua. tun xpernah masak nasi daging. daging korban ni mcm hamis sgt la bau dia, agak2 sesuai x wat nasi ni ye. takut xleh telan pulak. huhu..

    ReplyDelete
  5. Kak cek memang suka mkn Nasi dsaging ni...cuma lum ada kesempatan nak buat...he he campur gak ngan vitamin M...memang la tak buat2kan...sedapnya daging tu kalau cecah ngan air asam...kechur2...

    ReplyDelete
  6. Kak Wattie,sy pon da duk berkira2 nak wat nasi daging juga,sbb mmg byk stok daging n tulang lam peti tuh..Nmpak nasi daging akak tuh lagilah wat kan sy terliur,tambah lak air asam tuh,pergh mmg nmpk sempoi..

    ReplyDelete
  7. walaupun tak dapat rasa nasi daging ...tengok gambar pun dah cukup seronok..cantik

    ReplyDelete
  8. ow..sedapnye nampak..ada lg k? klu ada..nak tumpang sekaki..

    ReplyDelete
  9. perggghhhh mmg terliur la....Liza dtg bawa pinggan kosong ni....hihihhi

    ReplyDelete
  10. Assalam Wattie... rasanya ada lagi daging korban dalam peti ais Amie,
    sedapnya nasi daging.... teringin nak makan..dengan air asam tu sekali, nantilah Amie nak buat gak..nak balas dendam ngences ni Wattie!

    ReplyDelete
  11. Assalam kak wattie, nasi daging versi yang ini belum pernah cuba..yang kita buat dulu versi spore kot?..versi kak fida tak ada air asam...tengok akak punya kecur lah pulak..

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Wattie,
    Wah nasi daging... kami peminat setia nasi daging ni. dulu suka guna perencah iman. bila stok dah habis, kena cati resipilah gamaknye. air asam kena banyak sebab nak tambah tambah...hehe... bestnye.
    Ijan

    ReplyDelete
  13. sedapnya kak nasi daging....saya daging korban hari tudah tinggal skit je...macam2 duk pikir nak masak dgn daging tu..adusss...

    ReplyDelete
  14. salam kak wattie ... oo terlewat jalan2 baru nak komen hihi.. sedapnya nasi daging .. nak try lah

    ReplyDelete