Thursday, April 5, 2012

Ayam Sosha Istimewa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lagi satu resepi cilok dari dapur Ayu@curlybabesatisfaction .......tapi akak cilok resepinya saja ya.

Ayuuuuuuuu ooooooo Ayuuuuuuuuuu, akak tak pernah jemu dengan resepi resepi dari dapur Ayu, kira peminat setia Ayu la ni, hehehe. Terimakasih banyak ya Ayu kerana berkongsi resepi yang sungguh, sungguh sedap ini.

Baru baru ni Ayu mengalami peristiwa yang sama macam yang blogger masak masak lain alami, gambar dan resepi dicilok sebijik sebijik. Issshhhh...lanun betui depa ni, gambar yang siap ada watermark pun depa berani cilok........sabor banyak banyak ya Ayu. Ini semua dugaan sebenarnya. Harap harap kejadian sebegini takkan melunturkan semangat Ayu untuk terus berblogging.

Oklah, jom kita semak resepinya ya....minta izin akak perpanjangkannya di sini pula ya. Harap ianya bermanfaat buat semua.

Ayam Sosha Istimewa
Sources:-From Hjh Fatimah Hj Ahmad
@Asmah Laili mintak ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

1 ekor ayam, buang kulit dan segala lemak dan potong 12
(lumur kepingan ayam dengan sedikit kunyit dan garam, goreng lembab 1/2 masak)
5cm kayu manis,
5 biji pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan lada kering

*2.5cm halia
*5 biji bawang putih
*10 biji bawang merah
(*dikisar halus)


1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan hirisan dau pudina-(Ayu tak ada stok)
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
sedikit madu atau gula pasir
2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
1/2 kg bawang kecil dijadikan bawang goreng-(Ayu gunakan yang dah siap)
1/2 cawan kismis, digoreng dan diketepikan
1/2 cawan gajus digoreng dan ketepikan
1 biji tomato dihiris untuk hiasan
sedkit kacang peas untuk tabur
sedikit minyak untuk menumis
garam + perasa secukupnya


Cara:-
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Masukkan lad kisar dan tumis lagi hingga cantik. Masukkan bahan kisar dan tumis garing.Barulah dimasukkan serbuk kunyit.Kacau rata. Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik- balikkan. Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan. Tuangkan sedikit air. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam. Renihkan dengan api kecil, sehingga pekat.


Jika terlalu pekat, tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng, gaul rata. Masukkan bawang goreng.Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Gaul supaya ayam dan rempah sebati. Renihkan lagi sehingga ayam empuk dan lembut dan rempah meresap. Akhir sekali masukkan gajus goreng. Gaul sampai rata.



Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas. Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani. Sebaiknya- baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokkan hari.

8 comments:

  1. Huwaaaaa..... ayam sosha istimewa! Rupanya pun secantik namanya... ni Amie mai awal mesti ada lagi ni Wattie... nak rasa juga!

    ReplyDelete
  2. hamboi Kak Amie awal spi nye yer...mesti dh habis ni...hehehe
    mmg nmpk menyelerakan dan melazatkan betul la resepi ni...sepadan dgn nmanya...

    ReplyDelete
  3. Kak Wattie,wah ayam lagi eks,nmpk pon sgt2 sedap kak,dri kat umh kak ayu lagi dah berkenan rcp nih,1day nak try juga..Klo nak cari resepi ayam mmg sy slalu tgk umh akak n kak ayu,tapi tuhlah,sbb org yg xbertanggung jwab kak ayu dah privatekan blog dia kut,smlm sy nak singgah xleh,huhu..

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Wattie..betul tu, saya pun turut sama bersimpati ngan apa yang Kak Ayu alami dan rasanya belum puas untuk saya mencuba dan terus mencuba resipi2 yang pernah terpapar kat blog beliau...Mesti ridu sebab sekarang beliau stopkan utk sementara (InsyaAllah) blog beliau...

    Apa-apa pun resipi ni nampak mabelessss....teringin gaklah saya nak mencubanya....

    ReplyDelete
  5. salam kak wattie.. rajin betul akak menerai resepi yg panjang2 ni.. tun bila nmpk mcm panjangg je bahan2 dia mula laa virus M mencucuk2.. hihi.. tp mmg nmpk sedap ayam tu.

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak...betoix2 cheq terlioq ni...ishh kalau habaq awai msk sedap lagu ni dah lama cheq mai terbang sini..hehe

    ReplyDelete
  7. salam kak watie ..sejak kebelakangan ni asyik menu ayam ya ..hihi ... ayam ni pun special ... padanlah dengan resepi panjang berjela tu hihi

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar pun dah tau sedap tambah pula Ayu yang memperkenalkannya. Sesuai untuk kenduri kendara ni....

    ReplyDelete