Sunday, July 1, 2012

Chocolate Moist Cake buat Pn Khasma


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 


Chocolate Moist Cake tempahan Intan dan Kamal dari KL untuk dihantar kepada ibu, Pn Khasma yang bertugas di SONY EMSC Prai, Seberang Perai. Malangnya saya tersilap tarikh. Sepatutnya kek dihantar pada hari khamis 14hb June, tetapi saya terhantar kek  sehari sebelumnya iaitu pada hari rabu, 13hb June. Maaf jugalah yang saya pinta di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu. 



Walaupun begitu, saya lihat ada keceriaan di wajah ibu mertua Intan pabila saya menyatakan ada kiriman istimewa daripada anak anak beliau. 


Bertuahnya Pn Khasma punya seorang menantu yang begitu menyayangi beliau.


Kata Pn Khasma pula, beliau menganggap menantunya seperti anak anak beliau sendiri.  Tersentuh rasa hati kecil ini.


Selamat Hari Lahir diucapkan buat Pn Khasma, semuga hidup senantiasa diberkati, dilimpahi kasih dan sayang,  dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki,  amin.


Terimakasih diucapkan kepada Intan dan Kamal di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan. 

Sila layari       http://dewattiesdelight.blogspot.com

No comments:

Post a Comment