Friday, December 14, 2012

Durian Crepe / Lempeng Durian dan kek puding karamel buat teman teman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Nampaknya sepanjang minggu ini, semua pengunjung kena menatap wajah durian crepe ajala ya. Harap tak ada yang jemu ya.
Tempahan kali ini datangnya dari teman teman seperjuangan saya dahulu. Siti Susi menempah bagi pihak semua teman teman, yang lama dan baru. Maaf tak dapat nak dituliskan nama semuanya, sebab tak tahu pula siapa yang menempah, tapi yang pastinya mereka semua adalah teman temanku.
Kek karamel juga turut ditempah, maaf, kek tak berapa nak elok kejadinnya.
Tempahan juga datangnya daripada Aishah, Taman Pauh. Aishah ialah teman kepada Mastura yang telah beberapa kali menempah.
Kepada semuanya yang telah sudi menempah, terimakasih banyak diucapkan, semuga kalian menyukainya dan sekiranya terdapat sebarang kekurangan, harap dimaafkan ya.

1 comment: