Saturday, January 26, 2013

Hokkaido Chiffon Cake aka Osaka Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
   Agak lama juga saya tak share resepi.   Jadi, kali ini ingin saya kongsikan resepi Hokkaido Chiffon Cake aka Osaka Cake yang telah dicuba beberapa hari yang lepas.

Buat kek ini sebenarnya sebagai memenuhi selera tekak yang agak lama tak menjamah kek   Sampai anak anak pun berkata, mama asyik buat kek untuk orang aja, bila nak buat kek untuk kita, huhuhu.....


Jadi, seperti biasa, bereksperimentasilah kita  dengan kek yang menjadi perbualan hangat di kebanyakkan blog masak memasak  dan peminat peminat setia kek.


Resepi yang diterbangkan khas dari Jepun ini ternyata amat popular kebelakangan ini. Dengar dengar, harganya ada yang mencecah RM8 sebiji, huhuhu....mahainyaaa...


Ceri maraschino ada setangkai aja, jadi tepek kat satu kek jer la, jadila kan...


Pada yang dok meninjau ninjau resepi, jom kita tengok apakah bahan bahannya  :-   zaaaassssss,

HOKKAIDO CHIFFON CAKE
Sumber : Kak Zu (terimakasih ya)

 BAHAN BAHAN 
 Bahan A 
4 biji putih telur 
1 tsp garam 
80 gm gula halus 
 Putar sehingga menjadi kental (meringue ) 


 Bahan B 
4 biji kuning telur 
30 gm gula castor 
1 tsp esen vanilla 
40 ml minyak jagung 
40 ml susu segar 


 Bahan C 
55 gm tepung kek 
20 gm tepung custard 
1 tsp baking powder 


 CARA CARA 
 1. Ayak tepung kek, tepung custard dan b.powder 
2. Putar telur kuning dan gula hingga kembang 
3. Masukkan minyak dan susu segar. 
4. Masukkan tepung dan gaul sebati 
5. Satukan adunan tepung dan meringue dengan kaedah kaup balik. 
6. Masukkan kedalam cup 3/4 penuh ( 80 peratus cup dan hentakkan cup untuk mengurangkan gelembong udara di dalam kek ) 
7. Bakar pada suhu 170 C selame 15 minit hingge 20 minit atau sehingga masak kekuningan ) 


BAHAN CUSTARD 
 1 sudu besar tepung custard 
1 sudu besar tepung gandum 
4 sudu besar gula 
200 ml susu segar 
1 biji telur 
1 sudu besar mentega/ butter 

 1.Satukan bahan dan masak hingga adunan pekat dan berkilat.  Bancuh tepung dengan 50 ml susu segar dahulu baru satukan kesemua bahan. Sentiasa mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin. Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini 
2. Setelah kek masak dan kek telah sejuk picit custard di tengah tengah kek.Cucuk nozzle ke dalam dan picit.



Kepada yang pernah menikmati kek ini, pastinya anda tidak akan dapat melupakan tekstur kek yang tersangatlah lembut dan lembab dengan sedikit isian krim kastad yang sungguh lemak dan enak didalamnya.



Keratan rentas Hokkaido Chiffon Cake aka Osaka Cake pertamaku untuk tatapan semua pengunjung/peminat  blog kesayanganku, WattiesHomeMade @ deWattiesDelight.   


Komen ikhlas dari hati kecilku.......Wallaaaaahhhh, nyum nyum,  so yummy.....Sangat sedap....

4 comments:

  1. mmmmm...sedapnya kak wattie...sy penah bli ni kt bakeri mmg sedap...si baik bukan 8 rengget regenya..hahaha

    ReplyDelete
  2. Salam Kak..emmm terus tertambat tengok hokaido ni...gebusssnya

    ReplyDelete
  3. Assalam kak,gara2 terliur kek hokkaido akak nihla sy godek2 juga kek nih pagi tdi..nyum2,mmg sdp betui,lmbut gebu gebas..xsmpt nk wat kastard dah kak,ank2 duk tggu nk ngap..tq kak share rcp n tq juga wat kak zue..

    ReplyDelete
  4. Uikkk sng lak word veryfication arini,baru nih smp 4kali dah betui taip tapi xlepas gak,last2 sy mls nk tinggai komen,huhu..

    ReplyDelete