Wednesday, February 13, 2013

Red Velvet Cake In Jar dgn hiasan fondant buat Yanie dan Afifi


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek baldu merah  dengan cream cheese dalam balang  ini ditempah oleh Yanie dari Kulim sempena Ulangtahun perkahwinan mereka.


Yanie minta saya hiaskan kek dalam balang ini dan tuliskan perkataan di atas.  Mula mula saya agak ragu ragu juga macamana nak deco atas balang.  Nak letak kad jer ker atau macamana.  Google dalam internet pun tak jumpa.  


Alhamdulillah, setelah sehari dua berimaginasi, maka timbul idea untuk mendeco kek kek kecil ini dengan hiasan fondant.


Fondant yang agak lama tidak dibuat.  Lengoh lengoh jugaklah jari jemari dan tangan tuaku menguli fondant walaupun untuk kuantiti yang sedikit.


Dua hati satu jiwa.......




Balang balang ni  saya ikatkan dengan kain net sebab bila letak dalam kotak balang ni asyik bergoyang sana sini, takut pecah la pulak.  






Selamat Ulangtahun diucapkan buat Yanie dan Afifi.  Semuga hidup kalian berdua bahagia hingga ke syurga di samping keluarga tercinta.







Terimakasih banyak diucapkan kepada Yanie kerana memberikan saya peluang untuk berimaginasi dan menghasilkan sesuatu mengikut kreativiti yang tak sepertinya ini.  Harap sangat Yanie menyukainya.


Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

No comments:

Post a Comment