Thursday, March 14, 2013

Apam LadyBird vs Apam HappyBird



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apam LadyBird tempahan Jafizah bagi pihak adik perempuannya yang akan mengadakan kenduri di rumah. Tak pasti pula kenduri apa.


Jafizah menempah 200biji apam ladybird.



Malangnya,  kita hanya mampu merancang....


tapi Tuhan yang menentukan.   Entah dimana silapnya apam ladybird yang saya buat kali ini bertukar menjadi apam mekar aka apam HappyBird....huhuhu......beginilah kejadiannya.


Tapi, pada pandangan mata saya, apam begini lebih cantik, nampak macam mulut anak burung minta disuapkan makan la pula......hehehe,  ayat nak menyedapkan hati la ni.....


Apam Ladybird


Yang ni  agak menjadi......


Maaf jugalah yang saya pinta daripada adik Jafizah di atas kejadian yang tidak disengajakan ini.  Walaubagaimanapun, saya dah berikan sedikit potongan harga.

\
Sungguhpun begitu kejadiannya, malam tu saya terima sms daripada Jafizah berbunyi begini,
Kak, semua puji apam sedap, ok jer apam tu, tqvm.  Terimakasih banyak Jafizah, harap adik dan Jafizah tidak  berkecil hati diatas kejadian yang tidak disengajakan itu.



Terimakasih banyak diatas tempahan ini.

1 comment: