Tuesday, March 5, 2013

Melty Hershey


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 


Dah habis musim durian crepe, muncul pula dessert terbaru, Melty Hershey.   Apa apapun mesti dicuba.....


 Dessert yang tersangatlah mudah untuk disediakan.  Apa saja yang ada di dapur boleh dipelbagaikan mengikut citarasa.


Untuk melty hershey yang saya buat ini, lapisan bawah sekali adalah  kek coklat dan cornflakes, kemudian dilapisi cream.   Lapisan kedua, iulangi lagi langkah pertama tadi.


Terakhir untuk hiasan atas, cream, kekacang pilihan dan chocolate ganache/hershey syrup  dan strawberry segar.


Mujur ada bekas lutsinar ini,  kalau tak tentu tak kelihatan lapisannya.


Dalam gelas pun boleh juga, lebih senang untuk dinikmati.


Mudah dan lazat.  Sesiapa pun boleh mencubanya.

1 comment: