Saturday, April 26, 2014

Ayam Goreng Cili Padi


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Minggu lepas saya ke Bandar Kulim untuk mengambil cermin mata Mr Hubby.  Lepas ambil cermin mata, kami singgah di sebuah restoren yang berhampiran untuk makan tengahari.  Waktu tu jam dan hampir 3 petang.  Kata Mr Hubby selalunya waktu tengahari, pengunjung di situ agak ramai.    

Mungkin disebabkan kami tiba agak lewat, lauk pauk dah hampir nak habis.  Hanya yang kelihatan sup tulang di atas dapur dan sedikit ulam ulaman.  Alahai, hilang selera makan saya untuk seketika.  Dahla perut tengah berkeroncong, lauk pulak dah tinggal bekas, huhuhu.  
Tapikan, tiba tiba,  ternampak seorang kakak tu sambil lengang lengang kangkung, membawa sebuah bekas berisi lauk yang baru dimasak, panas panas dan berasap asap lagi.  Waaaaa, ini sudah bagus, getus hati kecil saya,  pucuk dicita ulam pun tiba.    Kelihatannya macam ayam yang digoreng dengan sambal cili padi.  Masakannya agak pekat dan  nampak sungguh menyelerakan.  Apalagi, lauk itulah yang menjadi hidangan kami untuk tengahari tersebut.  Cuma anak kecil saya saja yang memesan mee sup.

Sambil menjamah makanan, mata ni merayap melihat harga lauk pauk dan menu beserta gambar yang dipaparkan di papantanda besar yang diletakkan di dalam restoren tersebut.   Aikkkkk, tiba tiba terpandang satu gambar yang kalau tak salah mata saya macam gambar dalam blog WattiesHomeMade.   Bila balik rumah dan tengok balik memang sahla itu gambar dari blog saya, huwaaaa gambar ku dicuriiiiii.....   Tak sangka saya, ingatkan gambar dari blog  masakan hebat saja yang dikebas,  rupanya blog cikai macam blog saya pun jadi sasaran juga. gambar yang ada pun tidaklah sehebat mana.   Tiba tiba terbayang bayang lagi gambar yang lain, entah gambar dari blog manalah yang dikebas dek mereka.  Redho ajalahhhhh......


Disebabkan lauk yang dimakan  sedap sangat sampai hubby bungkus bawa balik 3 ketul, maka saya pun mulalah mencari cari resepi ayam yang seakan akan lauk tersebut.    Dan lihatlah hasilnya untuk paparan hari ini ya.

Ayam Goreng Cili Padi 
Sumber : Mesra.Net 
  Kiriman: NUR HIDAYAH JAILANI 

Bahan-Bahan: 
BAHAN A: 
 1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah lapan 
 1 batang serai ditumbuk lumat 
 Sedikit serbuk lada hitam 
 Sedikit tepung beras 
 Sedikit kunyit serbuk &
garam 


 Bahan B: 
 1 genggam cili padi (saya campur cili merah sbb cili padi sikit jer yg ada)
 2 labu bawang 
 1 batang serai. 
 Garam secukup rasa. 


 Cara: 
LANGKAH PERTAMA: Setelah ayam dibersihkan,bahan-bahan yang lain dilumurkan ke ayam dan dibiarkan perap selama 1 jam. Setelah diperap, ayam boleh digoreng sehingga kekuningan. 
 LANGKAH KEDUA: Bahan-bahan B hendaklah ditumbuk tetapi jangan hancur dan serai hanya dititik. Tumis bahan-bahan ini jangan sampai garing. kemudian campurkan ayam gorengan tadi kedalam tumisan ini. Siap untuk dimakan. 


 Cadangan Hidangan: Makan bersama nasi yang panas supaya lebih power kepanasannya. 
Tambahan: Jika tidak tahan pedas, cili padi boleh digantikan dengan cili merah atau cili kering.

1 comment:

  1. Assalam kak wattie,
    ayam goreng cili padi memang sedap..
    kalau makan 3-4 pinggan terasa belum makan lagi..hahaha..
    serious sedap...:)

    ReplyDelete