Wednesday, June 25, 2014

Siew Pak Choy Bersos Tiram


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi untuk hari ini.



SIEW PAK CHOY BERSOS TIRAM
 Sumber Resepi : Kak Rose@SeriPayaKu 

 Bahan-bahan 
seikat sayur siew pak choy 
4-5 sudu mkn sos tiram 
3 ulas bawang putih- cincang 
seinci halia - cincang 
sebiji telur - ni saya tambah
air 
sedikit serbuk perisa@gula - jika suka 
tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah 
bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan 

Cara-cara 
Sayur jgn dipotong dulu,  Panaskan air. celur dengan btg2nya  sekali.  Angkat dan toskan. Potong bahagian  hujung sayur susun dalam pinggan dan ketepikan. 


Panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.  
Masukkan sos tiram dan juga air sedikit,  kacau.  
Masukkan perisa jika suka. tak perlu letak garam sbb sos tiram sudah masin.  
Kalau nakkan kuah yang pekat, bancuhkan tpg jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam.  Biar mendidih.  
Tutup api, tuang kuah atas sayur tadi dan hiaskan dengan bawang putih goreng. 







1 comment:

  1. Assalamualaikum Wattie... bila nampak siew pak choy bersos tiram ni terus teringat hubby (sekarang di kampung ikut majlis tahil), sukanya dia kalau jump-a sayur ni mesti suruh kita masak sos tiram!

    ReplyDelete