Monday, December 29, 2014

Butter Pancake


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Ini menu musim cuti sekolah.  Hari hari kena sediakan snack petang untuk anak anak.  Kalau tak berlagu sakanlah mereka.
Ini idea Zaheen, sebab selalu sangat tengok cerita doraemon,  disuruhnya mama buat pancake.  Apa nak dikata, ikut jer la.


 BUTTER PANCAKE 
Resepi: Hajar Fotopages

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam


Cara Membuat:-
1.  Campurkan semua bahan dan blender sebati.
2.  Biarkan adunan selama 10 minit
3.  Tuangkan sesudu adunan dalam kuali non stick yang telah dipanaskan
4.  Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih.
5.  Biarkan seketika, bolehlah diangkat.
6.  Hidangkan dengan maple syrup dan jem kegemaran.




Saya hidangkan bersama madu dan kepingan butter.


1 comment: