Monday, June 8, 2015

Jeruk Mangga Asam Boi


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ini saya nak letakkan resepi yang ramai orang telah mencubanya dan ramai pula yang dah menjadikannya sebagai pendapatan sampingan bila tibanya musim mempelam.   Macam biasalah, kita ni selalu ketinggalan, orang dah ramai yang dah membuatnya, kita baru terkebil kebil mengupas buah pelam.  

Mempelam ini saya perolehi dari pokok yang saya tanam di kampung,  dekat rumah lama yang kini diseswakan.  Pokok tersebut tumbang akibat batangnya yang dimakan serangga perosak ditambah pula hujan lebat beberapa bulan yang lepas.   Menjadi betul buah mempelam kali ini, banyak sungguh, berplastik plastik banyaknya.  Semuanya diagihkan pada sedara mara terdekat.  dan saya ambil sedikit untuk dibuat jeruk mangga ini. 





JERUK MANGGA ASAM BOI


4 biji mangga muda
 20 biji asam boi (boleh tambah klu suka)
10 biji  cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurang@tambah ikut kesukaan)
2 cawan gula


Buah mangga dibuang kulitnya dan dibersihkan,  kemudian dipotong potong atau dihiris mengikut saiz yang digemari.

Tambah gula, cili padi dan asam boi,  gaul rata.  Masukkan mangga tersebut ke dalam bekas yang bersesuaian.   Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya 4 jam sebelum dinikmati.








No comments:

Post a Comment