Friday, June 26, 2015

Kek Yoghurt Mangga - Resepi Ramadan 6





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,




Kek Yogurt Mangga
Resepi Asal : Chef Liza Zainol
Sumber  :  Kongsi Resepi

Bahan A
2 biji telur
3 biji kuning telur
1 sd teh ovellate
100 gm gula ( akak lebihkan sikit 120gm)
1/4 sd teh garam halus
1sd teh pewarna kuning (akak guna 1/2 sd teh )


Bahan B
120 gm minyak jagung
80gm minuman yogurt mangga 
2sd besar yogurt mangga (akak blenderkan sikit  dengan isi magga ( dalam 1sd besar)

Bahan C
30 gm serbuk gajus ( agak guna serbuk badam)
20 gm tepung jagung
120 gm tepung naik sendiri ( akak guna 120gm tepung gandum + 3/4 sd teh baking powder)
60gm tepung gandum


Cara2nya :
Putar telur dan kuning telur bersama ovallate selama 1 minit. 
Masukkan gula dan putar selama 4 minit pada kelajuan sederhana. 
Masukkan pewarna kuning dan minuman yogurt mangga sedikit demi sedikit. Putar lagi 3 minit.
Tambah yogurt mangga dan juga bahan "C" sedikit demi sedikit, gaul rata. 
Tuang minyak jagung dan gaul hingga sebati. 
Tuang dalam bekas pilihan yang telah disapu mentega.
Bakar yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit atau hingga masak. 
Sejukkan sebelum dipotong, boleh hidangkan untuk minum petang.




No comments:

Post a Comment