Tuesday, July 14, 2015

Resepi Ayam Goreng Sambal Belacan - Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Ini resepi olahan sendiri untuk berbuka puasa.  Tak sangka saya famili semua suka, makan bertambah tambah sampai tak cukup lauk, alhamdulillah.

AYAM GORENG SAMBAL BELACAN

Bahan bahan
1 ekor ayam dipotong kecil dan dibersihkan
(Gaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit)

1 biji bawang besar (potong bulat)
1 cawan air
1 sudu besar pes asam jawa
Sedikit lada sulah
Garam dan gula secukup rasa

Bahan bahan kisar
7 biji cili merah/hidup
11 biji cili padi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan

Cara caranya
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga  separuh masak dan ketepikan.
Gunakan minyak gorengan tadi dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bahan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Taburkan sedikit gula, gaul rata dan biar sebentar.

Kemudian masukkan pes asam jawa dan air sambil dikacau rata.  Masukkan juga ayam yg telah digoreng.  Biar hingga mendidih dan kuah sedikit pekat.  Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.  Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
















No comments:

Post a Comment