Friday, August 7, 2015

Kari ayam tanpa santan 11

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,




KARI AYAM TANPA SANTAN
Sumber  :  CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
2 biji tomato, belah 2 setiap satu
1 keping asam gelugor
1 camca besar pes tomato
1 1/2 camca besar cili kisar (nak pedas sila tambah)
4 camca besar penuh rempah kari daging Baba's
Air secukupnya
1 kiub pati ayam "MAGGI" (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari, dilurut
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih


CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan pes tomato, tumis hingga garing, guna api kecil. Masukkan Bahan kisar halus + rempah hari tadi. Kacau rata dan tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Kacau selalu.
Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut dengan rempah tadi. Masukkan kentang (toskan). Gaul. Tuang air secukupnya. Biar mendidih. Masukkan kiub pati ayam jika guna. Tambah asam gelugor dan masak hingga kentang empuk.
Tambah garam secukup rasa da sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato belah dan biar sekejap hingga tomato masak dengan wap panas. Boleh hidangkan bersama nasi, roti jala, lempeng atau pun roti..





No comments:

Post a Comment