Saturday, August 8, 2015

Puding Karamel Oreo - Juadah berbuka puasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Puding karamel oreo di bulan syawal.  Puding ni hasil olahan dari resepi resepi yg lepas.  Lembut, manis dan lemak.


PUDING KARAMEL OREO

Bahan bahan. ( loyang 7in)
2 sb gula castor
Sedikit butter utk sapuan pd loyang


5 biji telur
400ml susu cair (1tin)
120gm gula castor ( boleh tmbh klu suka manis)
1sb tepung kastad

3 sb serbuk oreo
1st esen vanila

Cara caranya

1.  Panaskan periuk pengukus.
2.  Sapukan sedikit butter pada dasar loyang.
 Taburkan 2 sb gula kastor di serata loyang.
3.  Letak loyang di atas api kecil sehingga gula mencair ( terbentuk karamel) dan berubah warna keperangan.  Angkat dan sejukkan.


4.  Sementara itu, di dalam sebuah bekas yg berasingan,  campurkan gula kastor dan 1 sudubesar tepung kastad.
5.  Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit (anggaran setengah tin) sambil dikacau sehingga campuran sebati.
6.  Pecahkan telur dan gaul rata.  Tuangkan baki susu cair tadi sambil terus dikacau sehingga sebati.
7.  Tambahkan esen vanila dan kacau rata.
8.  Tapiskan campuran ini ke dalam loyang yg telah berisi gula hangus tadi.
9.  Taburkan serbuk oreo dan kacau perlahan.

10.  Kukus selama 45 minit @ sehingga masak.  Sejukkan.
11.  Sisipkan tepi loyang dengan pisau.  Terbalikkan ke dalam pinggan yg bersesuaian dan sejukkan dlm petisejuk.
12.  Siap utk dihidangkan utk orang orang tersayang.
 Selamat Mencuba.




No comments:

Post a Comment